Saturday, January 15, 2011

Keharuman Bunga Lily tahan lebih lama

BUNGA lili atau nama saintifiknya Lilium Candidum L terkenal sejak zaman Yunani kuno.
Lili atau lilium dikatakan berasal daripada perkataan Yunani iaitu leirion.

Ada beberapa tanaman yang turut dipanggil lily, tapi bentuk atau jenisnya berbeza daripada lily sebenarnya.

Bunga berkenaan antara tanaman berbunga yang tumbuh daripada umbi dan terdapat kira-kira 100 jenis bunga lily.



Ia mempunyai karakter dan bunga warna lembut serta memiliki keharuman yang unik.

Menariknya, bunga lili antara bunga yang hidup merimbun dan setiap kuntuman mempunyai enam kelopak cukup besar, wangi dan memiliki ragam warna mulai daripada putih, kuning, jingga, merah muda, merah dan ungu.

Ada juga yang berbintik-bintik dan bergaris-garis lembut.

Antara kelebihan bunga berkenaan adalah mampu hidup dan haruman lebih lama dan memiliki haruman berbanding bunga lain.


Penjagaan


  • Bunga lili memerlukan air secukupnya supaya tidak kekeringan.


  • Bagi mengelakkan persekitaran kering, elak meletak bunga lili di tempat terdedah terus cahaya matahari.


  • Akar tanaman ini biasanya cukup banyak dan terjuntai keluar.


  • Anda perlu mengganti media tanamannya apabila akar tanaman lili itu sudah membentuk bola hingga dinding pasu.


    Jenis lili


  • Bowl shaped - kelopak bunga melebar keluar dan bunganya bersaiz besar.


  • Trumpet shaped - kelopak bunga membentuk tabung dan melengkung di hujungnya.


  • Turk’s cap-shaped - kelopak bunga bergulung keluar (sangat melengkung)


  • Lilium regale -juga dikenali regal lily atau lilium trumpet regale.


  • Memiliki bunga berbentuk trumpet rona putih dengan pangkal kuning dan wangi semerbak.


  • Lilium henryi - species berasal dari China, berwarna oren dan berbentuk tegap serta berbunga banyak.


  • Lilium candidum -berasal dari Timur Tengah, harum dan sangat popular.


  • Lilium lancifolium, - berbentuk turk\’s Cap, berwarna oren dengan bintik-bintik yang gelap.


    Manfaat


  • Dijadikan bunga hiasan segar


  • Elemen pelengkap perubatan dan kecantikan. 


  • No comments:

    Post a Comment

    linkwithin

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...